Boring2 hujung minggu. Snap gambar si kenit mommy.
These bring wide smiles to mommy zillion times!
Happy Tuesday Everyone.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, July 25, 2011
Friday, July 22, 2011
Ada Orang Sudah Sakit
Di hari sabtu yang bahagia ni, En raziq pulak tak berapa sihat. Plannya hari ni nak ke Cahaya SPK, ada orang wardrobe nak datang ukur, terpaksa la cancel the plan. Tetiba plak aircond keter en hubby buat hal plak. So segala plan hari ni (termasuk la balik kampung) terpaksa dibatalkan.
Pepagi lagi dah bergegas ke GIMC bawak 2 askar ni while en hubby pegi pasar. Nasib baik tak teruk sangat. Saba ye bang. Minggu lepas baru je Cik Rania kena. Ni abang pulak yang kena. Yang teruknya bila diorang ni sakit mula la asyik nak muntah je. Tu yang penat tu. Nasib baik ada maid. Hehehehe.
So minggu ni adalah minggu dirumah saja. Plan nak gi swimming pun terpaksalah ditangguhkan.
Ok till then!
Happy weekend!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pepagi lagi dah bergegas ke GIMC bawak 2 askar ni while en hubby pegi pasar. Nasib baik tak teruk sangat. Saba ye bang. Minggu lepas baru je Cik Rania kena. Ni abang pulak yang kena. Yang teruknya bila diorang ni sakit mula la asyik nak muntah je. Tu yang penat tu. Nasib baik ada maid. Hehehehe.
So minggu ni adalah minggu dirumah saja. Plan nak gi swimming pun terpaksalah ditangguhkan.
Ok till then!
Happy weekend!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Alamak! Cik Biskut Lupa Nama Blog Sendiri!
Parah sangat dah tu!
Huhuhu sangat teruk!
Sorry la ye peepals!
I'm trying my best to survive as working mommies and at the same time try to coop with the latest trend of cyber world. Gini la gamaknya.
Will try to update slowly after this ye!
Jangan marah!
Hutang blog post :
1. UK trip
2. Paris trip
Till then!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Huhuhu sangat teruk!
Sorry la ye peepals!
I'm trying my best to survive as working mommies and at the same time try to coop with the latest trend of cyber world. Gini la gamaknya.
Will try to update slowly after this ye!
Jangan marah!
Hutang blog post :
1. UK trip
2. Paris trip
Till then!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, June 9, 2011
HAPDATE
Busy hectic work currently. It has been almost 2 weeks balik lambat. Shiann kat kids coz it happened during cuti sekolah.
Miss to ajar en Raziq mengaji. Miss nak watch movie together2. Miss nak bawak kids to the playground.
Waaaarrgghhh nangis!
En hubby is busy preparing for his exam. I'm busy with my never ending work with demanding bosses. I feel so guilty darlings 2x mommy.
Can't wait for the long holiday!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Miss to ajar en Raziq mengaji. Miss nak watch movie together2. Miss nak bawak kids to the playground.
Waaaarrgghhh nangis!
En hubby is busy preparing for his exam. I'm busy with my never ending work with demanding bosses. I feel so guilty darlings 2x mommy.
Can't wait for the long holiday!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, May 3, 2011
BALIK KAMPUNG
Terpanggil pagi ini nak hapdate blog cik biskut. Dah lama bersawang dah. Nak mencarik masa yang tenang untuk menghapdate blog ni agak sukar skang ni. Mood nak hapdate pun tak marey2. Banyak sgt nak story mory.
Baru baru ni cik biskut n family balik kampung.
Balik kampung! Woooooo Balik kampung! Woooooo Balik kampung! Hati girang!
Haaa... Dah lama dah cik biskut tak balik kampung belah hubby kat senai tu. Walaupun takdela kampung sgt tapi belasah la labu.
So bila balik kampung berjumpalah the three stooges kazen mazen en raziq, munir n izzah. Almaklumlah skang ni dah susah sikit nak jumpa sebab munir. n izzah dah pindah singapore. So apalagi berantakan la rumah tu dgn perangai memasing yang sangat kreatif.
Cik rania teringin nak join the crowd tapi tak cukup haul lagi. Kazen mazen dia ni ganas2 belako. Kang kena lanyak kang dik so tunggu besar sikit la ye yang. Shiaaannn dia. So bila dia dah takde kawan lawan dia (biasanya en raziq la kawan gaduh dia) so dengan cik biskut jela dia berkepit.
Atuk paling rajin nak layan the 3 stooges ni bawak gi KFC n main kat playground. Happy la sangat2 bebudak tu. Sampai mandi pun nak mandi 3 orang, boleh? Kasi can la kan. Hehehe, cik biskut pun dulu kalau balik kampung mandi dengan kazen mazen. Dah beso tau la malu.
Okay lah now bersiaran dari dalam keter jemm sebab ujan nak pegi opis. Selamat hari Rabu. Semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam dan ceria2 selalu.
Chow Chin Chow
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Baru baru ni cik biskut n family balik kampung.
Balik kampung! Woooooo Balik kampung! Woooooo Balik kampung! Hati girang!
Haaa... Dah lama dah cik biskut tak balik kampung belah hubby kat senai tu. Walaupun takdela kampung sgt tapi belasah la labu.
So bila balik kampung berjumpalah the three stooges kazen mazen en raziq, munir n izzah. Almaklumlah skang ni dah susah sikit nak jumpa sebab munir. n izzah dah pindah singapore. So apalagi berantakan la rumah tu dgn perangai memasing yang sangat kreatif.
Cik rania teringin nak join the crowd tapi tak cukup haul lagi. Kazen mazen dia ni ganas2 belako. Kang kena lanyak kang dik so tunggu besar sikit la ye yang. Shiaaannn dia. So bila dia dah takde kawan lawan dia (biasanya en raziq la kawan gaduh dia) so dengan cik biskut jela dia berkepit.
Atuk paling rajin nak layan the 3 stooges ni bawak gi KFC n main kat playground. Happy la sangat2 bebudak tu. Sampai mandi pun nak mandi 3 orang, boleh? Kasi can la kan. Hehehe, cik biskut pun dulu kalau balik kampung mandi dengan kazen mazen. Dah beso tau la malu.
Okay lah now bersiaran dari dalam keter jemm sebab ujan nak pegi opis. Selamat hari Rabu. Semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam dan ceria2 selalu.
Chow Chin Chow
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, March 30, 2011
KK....Here We Come
Time flies very fast now. I’m busy trying to finish my Vampire books as soon as possible. As I don’t wanna carry that thick book everyday to work as I will read it on my way back home in the train.
Nak story-mory sket pasal my “Unplanned Vacay” last 2 weeks. Actually it’s not really vacation as hubby is on duty travel and me just menyibuk2 je. I even don’t have proper ticket to go but on a standby basis based on load that point of time. Flight memang always full, so nasib2 la kan, kalau ada kosong naik jela, kalau tak balik la.
Fortunately ada kosong.
Hoyeh Hoyeh Hoyeh Hoyeh Hoyeh
We are going to………………
KOTA KINABALU
Clap! Clap! Clap!
Ala KK je, bukan obersea pun. Tapi cik biskut tak pernah pergi KK even pernah bermastautin dekat Miri almost 2 years. So kasi can la kan. Si kenit2 semua tinggal dengan nenek. Shiaaannn kan. Next time mommy + ayah bawak gi vacation tempat lain kay.
We stayed in Hyatt Regency Kinabalu. Nice hotel, near town and also Filipino Market. Cik Biskut pergi 2 hari je, en hubby pergi 1 week.
Enjoy the pics….
TADDDAAA
Kat KK harusla makan seafood yang fresh2 kan. So this time around cik biskut nak try LOBSTER. Harga dalam RM80 sekor ambik kau. Tapi besssshhhhh!
Ikan ni biasa2 aje. Cik Biskut masak lagi sedap. Hehehe. Sayur and sotong lupa nak ambik gambar sebab dah lapo.
Hotel Room. Masa aku outstation tak pernah ingat nak ambik gambar bilik hotel. Bila laki pergi beria plak nak ambik gambar. Padahal dah berpuluh hotel masuk 1 gambar pun takde. Tuesday, March 29, 2011
Pesanan TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY
- Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
- (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
- Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
- Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
- Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
- Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
- Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
- Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
- Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
- Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
- Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
- Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
- Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
- Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
- Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
- Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
- Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
- Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
- Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
- Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
- Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
- Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
- Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
- Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
- Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniagamana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
- (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
- Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
- Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
- Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
- ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
- Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
- Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
- Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
- Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
- Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
- Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
- Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
- Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
- Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
- Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
- Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
- Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
- Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
- Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
- Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
- Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
- Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
- Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri aya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
- Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


Another angle of the room. 


