Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

MAAL HIJRAH
Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
c/o
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman
clap clap clap
Teringat sedetik masa cik biskut zaman muda2 dulu. Zaman kegemilangan menyanyi. Ahaks... kalau ada pertandingan menyanyi ke nasyid ke sure muka cik biskut je yang masuk. Ala2 gila glemer gitu. Hahahaha. So, itu adalah termasuk pertandingan nasyid sempena Maal Hijrah yang sentiasa ada setiap tahun.
So sempena tahun baru ni mestila ada semangat baru, azam baru. Jauh disudut hati, ada juga niat teringin nak menziarah Tanah Suci Mekah. Tapi memandangkan anak2 masih kecik. So terpaksa la tangguh kan dulu plan tersebut.
Semoga tahun ini akan menjadi lebih bermakna dan lebih baik dari tahun sebelumnya. Sentiasa lah cuba untuk memperbaiki kelemahan diri.
Ceria2 selalu!

No comments:

Post a Comment

Cik Biskut Chattingbox