Entry kali ni cik biskut nak citer pasal hasil rembatan cik biskut di Jalan TAR last weekend. Cik biskut pegi together with hubby and raziq. But both of them cengkelat pegi makan ice cream kat SOGO. So I got ample time to choose. Hehehehehehe (ketawa dengan jahat sekali… dah lama rasanya tak macam ni).
Memang dah lama dah cik biskut tak pergi Jalan TAR ni, alih2 tengok Gulatis/Euro Moda dah ada 2 kedai. Memang susah nak decide untuk kain raya ni. Rambang mata cik biskut dibuatnya. Salesman tu pun baik punya melayan cik biskut. Ikut je mana cik biskut pegi. 3-4 kali la jugak cik biskut turun naik level lain2. Dengan tak segan silunya dia ikut (berbaloi la kan aku nak borong kedai dia…)
So sila lihat hasil rembatan cik biskut :
Semuanya adalah taste cik biskut. Mesti ada pink sket, purple sket and turquoise. Tapi jangan salah anggap bukan semua cik biskut punya. Itu adalah untuk bonda cik biskut, mak ngah, mak lang, mak cu and satu2nya nenda tercinta. Bila dah dasyat merembat, tetiba terlupa 1 design perlu untuk nenda. Tapi semua kain yang cik biskut pilih semua untuk orang muda. Camana ye. Belasah sajala….
Oleh kerana raya tahun ni ada pertambahan ahli baru, yang ini adalah khas untuk anak dara cik biskut. English cotton, cantik2 tau cik biskut beli kat kedai di Dayabumi. Sapa berkenan boleh la survey di Eyana House of Cotton. Sebenarnya kain ni 4 meter. So terpaksalah lebih nya cik biskut buat baju cik biskut.
Begitulah hasilnya. Sangat puas hati bila dapat shopping dengan banyak sekali.
Perempuan perempuan.
No comments:
Post a Comment
Cik Biskut Chattingbox